TANGGUNGJAWAB
PENGARAH
Peranan asas seorang pengarah adalah
menjadi pembimbing kepada pelakon dan semua aspek penerbitan. Bimbiungan ini
bukan terhad kepada kuasa yang melibatkan aspek artistik sahaja, tetapi seorang
seni yang sedar dan kreatif. Seorang pengarah mengubah sebuah naskhah dan
idea-idea yang terkandung di dalam naskhah itu kepada aksi dan pergerakan yang
teratur dan direka untuk menyampaikan tema dan mesej drama itu kepada penonton.
Pengarah perlu menggunakan naluri, pentafsiran dan gaya tersendiri. Pengarah
menggunakan naluri untuk membentuk naskhah. Kesedaran akan datang mengikut
naluri dan juga pengalaman yang akan tahu jika apa yang hendak disampaikan oleh
pengkarya berjaya atau tidak. pengarah juga perlu ada kebolehan untuk
mentafsirkan melalui pembacaan dan analisis naskhah. Seorang pengarah mampu
mengenalpasti bahagian-bahagian yang akan ‘menghidupkan’ naskhah. Selepas
pembacaan selesai, pengarah menggunakan analisis ini untuk membentuk idea
keseluruhan - jika perlu ada satu imej yang kuat yang dapat menjalinkan
sesebuah persembahan Ini menjadi tumpuan kepada pengarah untuk membimbing ke
arah pemilihan-pemilihan dan keputusan untuk mempersembahkan naskhah ke atas
pentas. Dari sini seorang pengarah akan menimbulkan bentuk dan gaya persembahan
yang tersendiri dan mungkin berbeza dari pengarah lain.
Untuk menuanikan tanggungjawab ini,
pengarah mesti mengaturkan kesedaran visinya sendiri, iaitu apa yang dia mahu
lihat di atas pentas dan apa yang mahu dipersembahkan kepada penonton. Pengarah
mesti membuat keputusan tentang pentafsiran yang akan diberi pada naskhah dan
sekiranya boleh, bekerja dengan penulis naskhah. Pengarah juga perlu bekerja
denga pereka-pereka, tenaga teknikal di dalam merancangkan penerbitan, pelakon
dan latihan dengan pelakon, dan menyelaraskan kesemua unsur-unsur di dalam
persembahan teater. Pernah dikatakan bahawa seorang pengarah yang biasa akan
membuat penonton melihat sebuat karya dari sudut lain tetapi seorang pengarah
yang luar biasa pula akan membuat penonton melihat dirinya dari sudut yang
lain. Walaubagaimanapun, tanggungjawab pengarah teater masih sama dengan
tugas-tugas yang sama tanpa mengira visi dan kebolehannya. Antara tanggung
jawab seoarang pengarah teater:-
Analisis dan Interprestasi naskah.
Seseorang pengarah perlu bekerja
secara total dan efektif dengan skrip atau naskhah yang ingin dipersembahkan.
Pengarah akan bekerja sebagai atau dengan Dramaturg untuk mencungkil skrip
tersebut dari sudut play dan interplay. Untuk permulaan, latar belakang penulis
juga akan membantu pengarah untuk membuat pilihan yang sesuai. Mungkin
pergelutan sosial yang tidak disenangi oleh penulis akan menjadi bahan cerita.
ini yang menjadi komen sosial (social comment) yang dibuat oleh penulis melalui
karyanya. Memahami latarbelakang penulis akan membantu pengarah supaya
persembahannya akan lebih jelas menerangkan niat penulis. Penyelidikan tentang
penulis akan membawa fahaman tentang falsafah penulis.
Tafsiran naskhah atau interpretasi
teks sememangnya adalah tugas utama seorang pengarah. Untuk menentukan
pilihannya pengarah mesti mentafsirkan naskhah untuk mencungkil struktur dan
makna-makna yang terkandung di dalam naskhah. Pengarah perlu memahami cerita,
latar cerita, niat atau mesej penulis dan bagaiman awatak-watak, perkembangan
cerita dan penyelesaiannya. Pengarah perlu faham watak-watak, perkwatakan dan
kaitan antara watak. Pengarah juga mesti nampak begaimana dia hendak
mementaskan naskhah dari segi kegunaan ruang, rekaan dan pelbagai lagi. Tanpa
fahaman teks yang jelas, pengarah tidak dapat membuat pilihan. Pilihan
berasaskan persediaan yang lengkap dengan penyelidikan tentang 'sejarah; atau
latar naskhah. Misalnya, adakah latar naskhah berdasarkan pergelutan politik
atau keadaan sosial yang tidak disenangi oleh masyarakat pada masa itu. Melalui
naskhah atau skrip, pengarah dapat mengenalpasti latar ceita tersebut iaitu
latar ekonomi, keluarga, sosial, politik, tempat dan masa. Latar masa juga
terbahagi kepada masa semasa penulis itu menulis (tahunnya), masa dalam cerita
dan masa dalm ruang fizikalnya.
Seorang pengarah yang baik akan
membaca naskhah berulang kali, membuat catatan di dalam skrip, menggariskan
dialog-dialog yang penting sambil membayangkan bagaimana setiap babak hendak
dipentaskan.
Idea Artistik
Pengarah perlu berupaya untuk
membimbing dan seterusnya mengetuai team artistik (Artistic Leadership). Dalam sesebuah produksi tentunya akan wujud
sebuah kumpulan yang akan menjalankan tanggungjawab masing-masing mengikut
bahagian dan keperluan yang terwujud dalam pementasan itu. Keperluan-keperluan
yang terhasil daripada sebuah naskhah yang telah pun dicungkil oleh pengarah
itu akan menuntut persediaan dari segi sinografinya.
Pengarah harus peka dan mahir dengan
aspek sinografi ini. Setelah mengkaji naskhah, pengarah boleh melukiskan apa
yang dibayangkan difikiran dan apa yang dibayangkan oleh pengarah itu harus
divisualisasikan dengan baik kepada tenaga kerja artistiknya. Supaya mereka
pula dapat memvisualisasikan kepada penonton kelak. Pengarah juga perlu tegas
dan teguh pendiriannya dalam menentukan dan mengetuai kumpulan artistik ini.
Namun demikian pengarah juga perlu fleksibel dan berfikiran terbuka, menerima
pendapat dan teguran daripada anak-anak buahnya kerana ia termasuk dalam contructive
critisms yang akan menjadikan artistiknya lebih menarik dan terbimbing.
Komposisi
Pengarah harus menentukan aksi
dramatik dan perkembangan ritma (pacing) dalam perjalan sebuah pementasan.
Bukan semua bahagian dalam naskhah perlu diberikan aksi-aksi dramatik. Olehitu,
pengarah harus bijak menentukan aksi ini supaya ia kelihatan seimbang dan tidak
terlalu melebih-lebih. Pelakon juga memerlukan ruang untuk melakukan aksi-aksi
dramatik tersebut supaya tenaga dan daya penyampaian pelakon itu dapat
dimanfaatkan secara efektif. Begitu juga dengan perkembangan ritmanya. Setiap
naskhah sudah tentu mempunyai plot. Sekiranya pengarah dapat memanipulasikan
plot itu dengan baik mengikut dinamika dan graf yang betul, persembahan itu
akan berjalan mengikut ritma yang sepatutnya. Sesebuah pementasan yang baik
akan membuatkan penonton sentiasa siaga dan bersedia untuk menonton pementasan
itu sehingga ke penghujungnya. Atau mampu membuatkan penonton mencapai katarsis
sehingga mengalami crystalization kesan daripada menonton aksi dramatik yang
menarik dan ritmanya yang dinamik. Pementasan yang membosankan dan terasa
terlalu lama sehingga penonton tidak mahu duduk menonton sehingga penghujungnya
menunjukkan kelemahan pengarah dalam
menentukan aksi dramatik dan perkembangan ritmanya(phase).
LeaderShip
Pengarah harus merancang, mengatur,
menyusun dan membuat keputusan. Sesuai dengan nama dan gelarannya sebagai
pengarah, tanggungjawab ini harus dilaksanakan dengan penuh kredibiliti.
Sesebuah institusi yang tidak ada pucuk pimpinan sudah tentu akan membawa
kepada kepincangan. Tiada ketua bermakna semua orang akan bertindak dengan
keputusan sendiri. Secara langsung atau tidak langsung, pengarah sememangnya
akan menjadi ketua yang merancang, mengatur dan menyusun segala perjalanan
produksi daripada menstruktur tenaga kerja, penjadualan latihan, penghasilan
sinografi dan seluruh pementasan. Pengarah juga harus relevan dan pantas dalam
membuat keputusan supaya segala apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan lancar.Pengarah perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelakon dan
pasukan kreatif dan produksi. Dalam konteks ini, pengarah perlu bijak
menggunakan teknik dan skill komunikasi yang sesuai. Bukan semua manusia ini
boleh menerima cara komunikasi yang sama.Olehitu, pengarah perlu tahu serba
sedikit tentang ilmu psikologi atau lebih baik lagi ilmu pedagogi memandangkan
pengarah juga pada asalnya adalah seorang pelatih dan guru. Pengarah yang baik
ialah apabila tenaga kerja yang lain selesa dan boleh bekerjasama dengan baik
dengannya. Komunikasi dan kolaborasi yang efektif akhirnya akan menghasilkan
sebuah karya yang baik di dlam dan luar persembahan.
_________________________________________________________________________________
#mazlanmatrazi
#tugagasan kelas Pengarahan_Prof. Madya Samat Salleh
#USM2014