Dari Filem Ke Pentas: Saw 1 -->Play Me --> Jalan Mati



Teater Jalan Mati
Karya:Leigh Whannel
Terjemahan:Roydy Anuar
arahan dan Olahan: Mazlan Mat Razi
Lakonan Ed Kota,Tiow dan Myra

_________________________________________________________________________________

Pengenalan

Final Year Project (FYP) merupakan penilaian akhir bagi mempraktiskan kemahiran dan ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester di Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi fakulti Seni Halus Lakonan dan Pengarahan, sebuah produksi pementasan teater menjadi titik ukuran bagi menilai kemampuan pelajar dalam usaha mempraktiskan teori yang dipelajari di dalam kelas. Penilaian akhir ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penilaian dari sudut pengarahan, lakonan dan sinografi.

Pemilihan skrip persembahan teater ‘Jalan Mati’ ini bermula pada pengajian sidang Tahun 2 di Pusat Pengajian Seni, USM. Keputusan untuk memilih naskah ini berdasarkan kemampuan, pemilihan pelakon, tenaga produksi, kos produksi, sasaran khalayak, lokasi persembahan dan kredibili sebagai pengarah persembahan. ‘Jalan Mati’  merupakan drama yang diolah semula supaya mudah difahami dan diterima dengan tujuan membina khalayak serta mengukur tahap pemikiran khalayak. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap perkembangan dan kepelbagaian genre dalam industri teater.

Filem Saw 1 – Toilet Trap  merupakan usaha kolaborasi di antara Leigh Whannel (penulis skrip)  James Wan (pengarah) yang menghasilkan filem yang berkualiti sehingga diiktiraf sebagai filem Horror terbaik di Arena Oscar. Pengarah filem ini  merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak,  telah memberi inspirasi dan semangat bahawasanya karyawan di Malaysia juga mampu berada setaraf dengan seniman dunia yang berkarya mendapat perhatian di seluruh dunia. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, James Wan dan Leigh Whannell hanya bermula penggambaran dan bergerak secara indipendent dengan menghasilkan teater dan filem pendek. Idea asal Leigh Whannell dengan mencipta peranan Jigsaw sebagai perancang utama disebalik permainan maut. Mangsa akan diberi pilihan samada melakukan pembunuhan atau membunuh diri. Jigsaw psycopath melaksanakan misi pembunuhan secara teknikal melalui satu teori moral songsang. Filem ini dikategorikan NC-17 (No Children under 17 permitted) oleh Motion Picture of America dan  R-rating walaupun telah ditapis dan diedit semula kerana memberi kesan negatif melalui  keganasan dalam filem itu.

Keunikan yang terdapat dalam naskah asal Saw 1–Toilet Trap menjadi sebab utama dan paling hampir dengan konsep yang cuba disampaikan. Sifat misteri dan kriminal itu sendiri sudah menjelaskan kesan ketegangan dan debaran yang hadir dalam setiap babak. Namun begitu, olahan pada isu harus dilakukan bagi menunjukan budaya dan pemikiran masyarakat di Malaysia tanpa mengubah tema asal. Skrip filem SAW 1 (2004) telah diterjemahkan dan diadaptasi ke skrip pentas oleh Roydy Anuar (ASWARA) dengan tajuk ‘Play Me’ dan kemudian diolah semula  dengan tajuk ‘Jalan Mati’. Perubahan tajuk asal menjadi ‘Jalan Mati’ memberi sedikit sebanyak memberi gambaran visual secara khusus mengenai sifat, gaya dan bentuk pementasan yang berlangsung.

In his writings on the Theatre of Cruelty, Artaud points to definitions of both “theatre” and “cruelty” that are separate from their colloquial meanings. For Artaud, theatre does not merely refer to a staged performance before a passive audience. The theatre is a practice, which “wakes us up. Nerves and heart,” and through which we experience, “immediate violent action,” that “inspires us with the fiery magnetism of its images and acts upon us like a spiritual therapeutics whose touch can never be forgotten.”Artaud believed that language was an entirely insufficient means to express trauma. Accordingly, he felt that words should be stripped of meaning and chosen for their phonic elements. According to scholar Robert Vork, “Speech on the Theatre of Cruelty’s stage is reduced to inarticulate sounds, cries, and gibbering screams, no longer inviting a subject into being but seeking to preclude its very existence.”] Somewhat paradoxically, Artaud claims that his characters are able to express things that others are unable to say. Vork claims, “Artaud seems to be suggesting that his play reveals emotions and experiences that we all attempt to proscribe and are unwilling to acknowledge, but which nevertheless occur."
 (Wikipedia, Antonin Artaud, Theatre of Cruelty)


Tinjauan terhadap aliran realisme[1] dan aliran ‘Theatre of Cruelty’ merupakan inspirasi utama dalam projek ini.  Aliran Ekspresionisme turut diteroka kerana aliran ini juga boleh dijadikan bahan rujukan bagi perkembangan idea dan sensasi persembahan. Hasil kajian antara 3 aliran ini, kebarangkalian untuk menghasilkan sebuah pementasan yang mengandungi methodologi yang dimaksudkan  mampu untuk menentang unsur keindahan dan keharmonian dalam teater aliran realisma. Dalam pada itu, penegasan terhadap emosi takut, marah, sedih, keliru, simpati, syak wasangka, kesakitan, penderitaan, penindasan terlampau, berhadapan dengan maut, aksi ganas dan bahasa kesat turut menjadi ciri-ciri penting  di dalam persembahan. Fazilah Hussin (2010:11) dalam ulasannya menyatakan konvensi keindahan drama realisme gagal untuk menyampaikan perasaan dalaman dan gagal untuk mengambarkan kemelut dan permasalahan masyarakat yang sangat komplek kerana lebih mementingkan nilai hiburan dan komersial. Justeru itu, provokasi  kesedaran berhubung dengan realiti kehidupan telah dilakukan  dengan membangkitkan kemarahan dan ketidakselesaan  khalayak semasa menonton.

 Revolusi industri teater Malaysia yang berlaku sekitar tahun awal 70’an  memberi kesan yang mendalam kepada penggiat teater. Karya berbentuk kontemporari mula diperkenalkan bagi menentang aliran realisma. Lazimnya, aliran  ini lebih mengutamakan ideologi penulis  dari nilai estetika persembahan yang memaparkan visual dan pementasan diluarjangkaan khalayak. Kesan dari lamabakan drama begini telah mengubah persepsi masyarakat terhadap industri teater apabila kegairahan pengarah untuk bereksperimentasi menghasilkan karya atau persembahan yang memerlukan tafsiran terperinci semasa menonton.

Krishen Jit (1986:250) mencatatkan kemerosotan khalayak mula dikesan pada 1978. Penonton menanggap konsep yang dibawa sukar difahami dari aspek mejes dan gaya pementasan. Solehah Ishak juga mengatakan khalayak teater melayu enggan menanton teater abstrak yang kucar kacir serta sukar difahami menyebabkan teater melayu ketandusan penonton.

                                                                                                            (Fazilah Husin,2010:58)


Insiden yang berlaku sekitar tahun 1978 begitu menyedihkan bagi penggiat teater apabila berlakunya kemerosotan khalayak terhadap industri teater. Ini dibuktikan dengan percambahan teater aliran kontemporari yang dikatakan bersifat komplek dan abstrak  menyebabkan penolakan dan sekaiigus menyebabkan bilangan penonton semakin berkurangan. Hal ini disebabkan oleh bentuk dan gaya persembahan aliran ini memerlukan tafsiran yang rumit dan sukar difahami ketika menonton sekaligus menyumbang kepada kemerosotan khalayak. Lantaran itu, teater ‘Jalan Mati’ memilih  aliran realisme sebagai paksi utama dan cuba membawa gaya baharu dalam persembahan  hasil gabungan prinsip yang terdapat dalam Teater of Cruelty ‘ dan juga aliran ekspresionisma. Struktur plot dan 5 elemen dramatik Aristotle dijadikan panduan semasa proses analisis teks supaya dapat menghasilkan karya yang mudah untuk difahami serta diterima oleh khalayak.

 ‘Jalan Mati’ meletakkan tanda aras PG-13 iaitu saranan tontonan yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak di bawah 13 tahun berikutan terdapatnya unsur-unsur keganasan, aksi lampau dan penggunaan bahasa kesat dalam persembahan.

Secara ringkas, teater ‘Jalan Mati’ mengisahkan tentang 2 orang yang terperangkap serta dikurung dan dirantai dalam sebuah tandas usang. Kisah ini bermula apabila mereka sedar daripada pengsan dan terkejut melihat mayat berserta sepucuk pistol dan sebuah alat perakam kaset berhampiran mayat. Perasaan takut, sakit, marah, keliru dan sangsi menyebabkan mereka mula mencari jalan untuk keluar. Mereka mula memahami situasi  dan cuba untuk membuat andaian untuk mengesan dalang disebalik permainan maut yang bertanggungjawab mengurung mererka. Arahan untuk saling membunuh merupakan kunci untuk bebas membuatkan mereka sentiasa berhati hati dalam melakukan tindakan. Usaha untuk mencari jalan keluar berhasil dengan penemuan 2  gergaji besi serta penemuan berikutnya iaitu kamera litar tertutup(CCTV). Mereka mula sedar bahawanya mereka sedang diperhatikan berdasarkan penemuan beberapa kamera yang sengaja dipasang disekitar lokasi. Penemuan petunjuk kedua juga tidak berjaya dimaanfaatkan oleh mereka apabila rancangan mereka untuk keluar dari situ dapat dikesan oleh dalang. Ancaman yang diberi oleh dalang permainan ini membuatkan salah seorang dari mereka hilang pertimbangan dan mula bertindak agresif. Demi menyelamatkan diri, dia mengambil keputusan untuk memotong kakinya bagi membolehkanya mencapai pistol yang terletak berhampiran mayat untuk membunuh sekaligus menjadi pemenang permainan ini. Misteri identiti dalang akhirnya terbongkar disebalik mayat yang berpura-pura mati dan lebih mengejutkan lagi, dalang yang bertanggungjawab mengurung mereka sebenarnya adalah ahli keluarganya sendiri.

Dalam menghadapai globalisassi dunia yang dinamik dan produktif, tekanan hidup yang meningkat mendorong kepada kelakuan diluar jangkaan. Statistik kadar jenayah yang melibatkan pembunuhan mencatat peningkatan setiap hari. Berdasarkan kajian yang sahih,  kes pembunuhan yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa motif utama iaitu konflik dalaman, kehilangan atau perubahan dalam hubungan sosial. Dalam pertelingkahan yang berlaku, reaksi keterlaluan akibat ketidakupayaan untuk mengendalikan emosi kerap kali diikuti tindakan agresif untuk membalas dendam sebagai tindakan akhir iaitu membunuh. Kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat turut sama menyumbang kepada penyebab berlakunya kes jenayah. Menurut pandangan Islam, hati yang kotor dan gelap merupakan punca segala kejahatan.



"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
                                                                                (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hasil rumusan yang dibuat, drama ‘Jalan Mati’ ingin sekali menyelami tema kemanusian yang merujuk kepada elemen kekejaman. Dengan itu, rentetan peristiwa  dalam drama ini merujuk kepada gambaran  pemikiran segelintir masyaratkat lalu menjadikan drama ini sebagai batu loncatan untuk mengkritik isu keruntuhan moral, tanggungjawab, kepercayaan, takdir dan penindasan. Paparan drama ini juga mempersoalkan  konflik kehidupan diantara dua golongan yang menolak kompleksiti dengan mengambil jalan simplistik untuk mencapai matlamat, persoalan penampilan dan gaya hidup, kepercayaan yang mencerminkan latar sosial masyarakat mediocrity[2].

 Analisis Menyeluruh Tentang Konsep Pengarahan.
 Format drama misteri merupakan satu cabaran jika mahu dibawa ke atas pentas. Hal ini terjadi kerana, format drama ini memerlukan perancangan dan penelitian yang sirius dalam usaha menterjemah kebentuk visual. Lazimnya drama begini hanya terdapat dalam filem yang mempunyai kelebihan dari segi teknologi dalam usaha mengangkat kesan visual melalui teknik janaan imej(CGI). Bahkan, kemampuan untuk merealisasikan kesan visual menggunakan medium pentas amat memerlukan rincian terhadap teknik dan kreativiti kerana skop ruangan pentas adalah terhad berbanding dengan medium filem. Jalan penyelesaian harus diambil secara efiksyen agar tidak merencatkan perjalanan persembahan yang berkemungkinan mampu mengubah objektif dan matlamat asal persembahan.

 Selain itu, analisi menyeluruh teks ‘Jalan Mati’ sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beberapa masalah dari segi penyampaian terutama pada adegan yang melibatkan aksi tanpa dialog. Plot dan struktur cerita yang terbahagi kepada 2 bahagian yang turut memerlukan perhatian dan tumpuan agar perjalanan cerita tidak tersasar dari landasan. Walaupun pola penyampaian cerita drama ‘Jalan Mati’  bergerak secara  tidak kronologi, perhatian juga harus diberikan kepada subplot tidak boleh bahkan tumpuan yang lebih mendalam perlu dilakukan kerana ini merupakan khatarsis kepada konflik utama cerita. Bertitik tolak dari itu, penegasan menggunakan struktur monolog dan bentuk aksi harus digunakan  bagi menjelaskan peristiwa yang dikupas. Perhatian kepada aspek ini telah membuahkan hasil komprehensif diantara aksi dan dialog  yang mengabungkan kepelbagaian ragam penyampaian bersifat teaterikal.

Berdasarkan konsep yang cuba dibawa, unsur misteri, debaran dan tekanan  harus dirasai  bermula dari awal sehingalah akhir persembahan. Keupayaan seorang pengarah dilihat dari sudut komposisi elemen teaterikal dan artistik yang menyokong pembentukan logik sesuatu aksi ke aksi akan membawa kepada perkembangan dan kelancaran plot.Elemen bagi menambah sensasi persembahan seperti obstackes, stakes, revesal, forseshadowing, planting, comic relief, point of no return, delemma juga dijadikan sebagai resepi untuk menerokai gerak kerja sebagai pengarah persembahan agar  mencapai objektif disetiap adegan.

Selain itu, komposisi plot berdasarkan teori struktur dramatik Aristotle digunapakai supaya persembahan tersusun dan tidak terlalu mengelirukan sehinggakan sukar ditafsir oleh penonton. Persembahan teater ‘Jalan Mati’ dimulakan paparan visual pelakon yang berlumuran darah dalam kesakitan Ianya di sokong oleh kesan bunyi yang mempunyai irama yang bersifat misteri serta penggunaan cahaya silluet. Pada peringkat pengenalan ini, aplikasi kadar tempo yang perlahan adalah pilihan yang tepat bahkan mampu menghasikan situasi yang mendebarkan untuk menarik penonton yang akan membawa kepada ‘perasaan ingin tahu penonton.

    
Babak Permulaan Teater Jalan Mati

 Pada bahagian komplikasi, aksi tanpa dialog merupakan sebahagian dari komunikasi dalam bentuk visual yang memainkan peranan penting bagi mejelaskan situasi dan peristiwa. Ini merujuk kepada watak Azam merahsiakan sesuatu dari Dr Lokman dengan melakukan penegasan fizikal, gerak dinamik, susun atur dan sokongan audio. Aksi curiga juga bertujuan  mengelirukan penonton harus dilakukan tepat pada waktunya agar meninggalkan tanda tanya kepada penonton dan penjelasan aksi ini akan dijawab pada adegan seterusnya. Komposisi bagi aksi ini harus jelas penyampainya agar mendapat reaksi penonton untuk membuat andaian. Struktur monolog  juga sengaja diasingkan menggunakan teknik pencahayaan bagi memberi tumpuan kepada konflik utama cerita. Teknik ini jelas dilihat pada dialog narative Dr. Lokman yang meluahkan rasa kebenciannya terhadap isterinya menggunakan teknik imbas kembali. Begitu juga dengan watak Azam, teknik pengasingan melalui kaedah monolog lebih berkesan bagi menjelaskan tentang konflik kehidupan dan konflik perwatakan  Azam secara  menyeluruh. Inti pati yang terkandung dalam dua adegan monolog ini menceritakan mengenai situas, perwatakan, sebab dan akibat mereka berada di situasi sekarang. Oleh itu, penegasan menggunakan teknik imbasan cerita mampu menarik tumpuan penonton dalam usaha memberi gambaran menyeluruh mengenai konflik dalaman yang sedang dihadapi oleh meraka.

 Pergerakan  pelakon dalam pementasan Jalan Mati agak terbatas kerana eksplortasi ruang dihalang oleh rantai besi yang mengikat kaki sepanjang persembahan berlangsung. Selain itu, jarak diantara pelakon juga  sengaja dijauhkan bagi menunjukan watak sedang ditindas yang menjadi antagonis berbentuk situasi yang menjadi halangan kepada watak mencapai objektif. Kepekaan terhadap ruang lakon yang terhad harus dimanfaatkan oleh pelakon dengan kepelbagaian aksi. Keadaan ini tidak menghalang untuk melakukan adegan pergaduhan malah hasilnya lebih memberansangkan kerana tidak melibatkan sentuhan fizikal sebaliknya menjadikan objek keras disekiling ruang lakon untuk melepaskan kemarahan. Latihan khas juga diadakan bagi memastikan tiada kecederaan dan kemalangan semasa aksi ini dilakukan. Aksi lampau kegairahan seksual yang dilakukan oleh watak Dr Lokman juga sengaja diterjemah ke bentuk visual bagi menunjukan emosi konflik yang dihadapi oleh watak. Selain itu, ianya merupakan satu ekperimen visual yang digunakan dengan tujuan menggangu keselesaan dan tumpuan penonton. 

 
Gambar Rajah 2 : Adegan Azam mencari klu dalam mangkuk tandas yg dipenuhi najis.

Bentuk fizikal najis secara psikologi membawa konotasi yang jijik dan kotor. Kelebihan ini juga dimanfaatkan oleh watak Azam untuk mendapatkan tindak-balas penonton semasa persembahan berlangsung bahkan sasaran adegan ini harus dicapai bagi menimbulkan reaksi kejengkelan dan mengganggu fokus penonton.

Bahasa basahan atau bahasa prosa kolokial yang tidak mementingkan peraturan bahasa menjadi pilihan dalam teater ‘Jalan Mati’ kerana sifat dan ritmanya merujuk kepada perbualan harian yang mudah difahami. Penggunaan gaya bahasa prosa kolokial dalam teater ‘Jalan Mati’ lebih bersesuaian kerana penggunaanya memudahkan pelakon  untuk memberi penegasan emosi melalui ritma, tempo, dan kelantangan semasa perbualan. Pilihan gaya bahasa tersebut juga mendapat sokongan daripada pelakon kerana penggunaan bahasa kasar dan beberapa istilah lucah adalah sebahagian dari tuntutan konsep persembahan melalui adegan tertentu. Selain itu, prosa bahasa ini juga berfungsi  sebagai cerminan terhadap status perwatakan, darjat, umur, dan latar sosial watak dalam teater Jalan Mati. Penggunaan kata ganti nama ‘saya’ pada dialog Dr Lokman menjelaskan psikologi perwatakan yang tenang menghadapi masalah walaupun   berdepan dengan ancaman yang bakal memudaratkan dirinya.

Kesimpulannya, kriteria dan kredibiliti seorang pengarah yang baik mestilah memilik kebijaksanaan dalam memanipulasi tenaga kreatif, pengurusan dan pelakonnya semasa membentukan dan proses produksi. Kelebihan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi meransang kreativiti dan semangat kerjasama dalam produksi yang akan menyumbang ke arah kelancaran projek teater. Hermana (April.2014) dalam ulasanya berkata, pementasan teater merupakan kerja kolektif yang dikoordinasikan oleh seorang pengarah dengan penglibatan tenaga kerja lain seperti unit kreativiti, unit teknikal, pihak pengurusan dan tenaga sokongan. Komitmen dan tanggungjawab yang tinggi dari ahli  produksi memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan mutu persembahan. Bagi produksi ‘Jalan Mati’, kelebihan dan pengalaman menjadi pemimpin dalm produksi yang lepas membuatkan pimpinan dapat dilakukan dengan berkesan bermula dari proses pre produksi sehinggalah ke proses post produksi.

 Proses Latihan Hingga Ke Hari Pementasan
 Penbentukan produksi  ‘Jalan Mati’ bertitik tolak daripada menonton Filem Saw 1-Toilet Trap kerana mempunyai genre berlainan telah berjaya menarik perhatian dari genre filem seram yang konvensi. Filem aksi seram ini mengandungi elemen sadis dan kejam dalam mengangkat struktur naratif persembahan dan juga tema penceritaan. Justeru itu, idea dan konsep filem ini telah menarik perhatian seorang penulis dan penggiat teater tempatan iaitu Roydy Anuar dan menterjemahkan ke bentuk pentas menggunakan bahasa Malaysia tanpa meruntuhkan struktur asal bahkan bentuk dan idea asal dikekal seperti yang terdapat di dalam filem. Skrip drama terjemahan dengan tajuk baru iaitu Play Me, diambil sempena nama salah satu props (kaset) yang terdapat dalam filem asal. Setelah itu, naskah  Play Me kemudiannya diolah semula dan beberapa isu digarap dan pengubahsuaian dan telah bertukar tajuk kepada ‘Jalan Mati’. Hal ini disebabkan oleh faktor kesesuaian dan kemampuan bagi Penilaian Projek Tahun Akhir dan penilaian sebagai seorang pengarah.

Pemilihan watak Dr. Lokman hampir membawa ke jalan buntu kerana kriteria perwatakan dan tanggungjawab yang digalas begitu berisiko. Akhirnya, seorang pelajar Warga Budaya Tahun 1, Adzaham Hamidon berusia 40 tahun, telah mengambil tanggungjawab dan bersetuju menerima peranan tersebut walaupun tidak pernah berdepan dengan gaya lakonan bahkan tidak setuju dengan cerita pembunuhan dan menjengkelkan. Namun, atas dasar pembelajaran dan ingin mencabar diri sebagai pelajar baru, beliau akhirnya setuju untuk memegang peranan Dr Lokman Ghani.  Ringkasnya, Dr. Lokman Ghani merupakan seorang doktor pakar bedah neuro-surgeon dan merupakan Pengarah Jabatan Perubatan  di  hospital swasta. Beliau mempunyai seorang isteri yang menghadapi masalah obesiti dan  seorang anak perempuan yang berusia 18 tahun. Pengalaman dalam bidang lakonan memang diperlukan dalam membantu rakan lakonnya iaitu watak Azam  yang digalas oleh pelajar Tahun 2, Lakonan & Pengarahan iaitu Mohd Nazrul Zulkifli. Azam merupakan jurufoto upahan yang diupah untuk menjejak dan mengintip serta membuat rakaman foto Dr. Lokman Ghani. Azam mewakili golongan muda masa kini yang melalui kesukaran hidup di bandar yang memilih kerjaya mudah dan menguntungkan dengan mengambil upah mengintip secara elegal menggunakan kameranya. Sifatnya yang tidak pernah melihat kematian, mayat bergelumang dengan darah, takut dengan gelap dan  suka mendesak. Ciri-ciri tersebut terdapat pada watak asal pelakonnya, pelajar Tahun 2 yang diperlukan pada watak Azam seperti berminat dengan fotografi, saiz tubuh yang menggambarkan Azam ini mengalami kesukaran hidup di bandar besar (kurus) dan keinginan untuk meneroka serta mencabar dirinya dengan membawa peranan tersebut.

Implikasi melalui pengalaman yang diperolehi dari kedua orang gurunya ini, Stanislavsky sentiasa belajar, memerhati dan menyerap segala pengalaman dan pengetahuannya dalam usahanya mencari kebenaran dalam (inner truth)
                                                                                                                               
(Persiapan Seorang Aktor,Stanislavsky)


Menurut Profesor Salleh Samad di dalam kertas kuliah yang dihasilkan bagi pengajian kaedah lakonan Stanislavsky, beliau menerangkan lakonan representational memerlukan dedikasi, kajian terperinci dan penilaian teliti terhadap pembinaan watak. Beliau menegaskan bahawa pelakon tidak harus berada diluar watak sebagai pemerhati tetapi harus berada di dalam watak dan merasai apa yang dirasainya, bercinta apa yang dicintainya, ketawa apabila dia ketawa dan menangis apabila dia menangis. Kemudian, apabila watak sudah dicipta  atau potret sudah terhasil, pelakon akan memisahkan dirinya dari watak tersebut. Dan setiap kali beliau diminta membawa watak itu, beliau akan mempamerkan potret tersebut sebagaimana yang diciptakan  sebelumnya. Kaedah ini telah dipraktiskan oleh kedua dua pelakon sepanjang proses pembinaan perwatakan.
Berdasarkan pengalaman daripada pelajar warga budaya, bagi mencipta hubungan antara watak, perlu diadakan aktiviti bersama di antara pelakon bagi mewujudkan thrust, chemistry, saling membantu dan memahami antara satu sama lain. Kedua-dua pelakon telah dicadangkan untuk melalui satu pengembaraan bersama-sama dengan menaiki motorsikal dari Pulau Pinang ke Alor  Setar dan mereka bersama-sama selama hampir sebulan bahkan telah terpilih untuk sama-sama terlibat di dalam sebuah produksi yang lain.

Latihan lakonan yang dimaksudkan melibatkan latihan fizikal, latihan mental dan latihan vokal bahkan proses pembentukan watak yang bermula dengan skrip asal Roydy Anuar telah menggunakan pelakon dari peringkat pembacaan skrip bagi mendapatkan idea, kesesuaian cerita, tema dan pemahaman naskhah yang mempunyai struktur plot unchronology dalam skrip asal supaya dapat dikekalkan sehingga membentuk olahan skrip yang baharu, ‘Jalan Mati’ bagi mencapai sasaran pengarah. Persediaan fizikal pelakon adalah latihan olah tubuh dalam bentuk senaman tubuh, latihan ketahanan tubuh seperti membiasakan pelakon dengan suhu rendah (sejuk), mengikat kaki dengan rantai sebenar setiap kali latihan, membiasakan pelakon dengan keadaan tidak selesa dan kotor seperti bergelumang dengan selut, lumpur atau pasir, di mana keseluruhan pementasan pelakon akan berada di dalam set sebuah tandas yang gelap, kotor, busuk dan menjengkelkan.

Latihan mental dibuat bersama proses bacaan skrip dan hafalan dialog, pembinaan watak menerusi pemahaman dan kehendak pengarah. Gaya pengucapan dialog dan asas kepada pembentukan watak harus disesuaikan oleh pelakon melalui emosi dan keadaan tertekan, ketakutan, ragu-ragu, was-was dan kepelbagaian reaksi dan aksi pelakon terhadap tanggungjawab lakon sepanjang pementasan.

Latihan vokal sentiasa dilakukan acap kali memulakan latihan dengan memberi penekanan kepada lontaran vokal, latihan artikulasi, urutan pada bahagian sistem suara dan nada pengucapan dialog.

Latihan Stamina juga dibuat dengan pelakon akan membuat larian mengelilingi kawasan Pusat Pengajian Seni, kawasan sekitar Kompleks Solat ke Padang Minden, pelakon membuat aktiviti riadah seperti bermain skateboard, berjalan kaki dari Desasiswa RST ke Pusat Pengajian Seni dan jogging bersama pada setiap pagi hari minggu. Pelakon juga dilatih menghayati watak dan mencapai emosi dalam perwatakan dengan mengenalpasti sifat asal seperti takut, marah dan sebagainya bagi menyesuaikan perwatakan. Setelah mengenalpasti kelemahan pelakon, beberapa langkah penyelesaian telah diambil bagi membantu pelakon melakukan penambahbaikan dalam proses pembina watak dan diantaranya ialah meninggalkan pelakon di kawasan gelap pada waktu malam berseorangan dengan tujuan penghayatan untuk emosi takut.

Tugas seorang pengarah juga harus menjelaskan sepintas lalu elemen-elemen bagi sesuatu penghasilan aksi yang perlu diketahui oleh para pelakon bagi menghasilkan lakonan yang truthful, logical , concrete action juga meransangkan ‘separa sedar’ dalam diri pelakon sehingga akhirnya menghasilkan satu lakonan dengan penuh kesan. Antara pendapat atau teori yang digunakan dalam The System ialah, magic if, Given Circumstances, imaginatif, konsentrasi tumpuan, truth dan belief, adaptation, thempo dan ritma, memory emotional yang menjadi panduan semasa proses latihan sehinggalah ke hari pementasan. Proses ini akan membantu para pelakon untuk mengenal lebih mendalam tentang identiti watak yang didukungi mereka sehingga berupaya mencetuskan kesan emosi dan ekspresi lakonan yang memberangsangkan di hadapan penonton.

Setelah pemilihan peranan utama dalam merealisasikan Teater Jalan Mati, lantikan tenaga pengurusan dan tenaga kreatif dilakukan dalam mesyuarat pertama yang berlangsung pada 15 September 2014, jam 5.00 petang di Panggung Sasaran, USM. Pelantikan tenaga kreatif adalah berdasarkan keinginan memberikan komitmen terhadap produksi dan pengalaman mengikut kemahiran yang terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Seni pelbagai kursus seperti daripada Drama & Teater, Rekabentuk Produk, Media Baru, Seni Halus, Pedagogi Seni Muzik dan Senireka Grafik.

Langkah seterunya ialah pelantikan tenaga kreatif dan tenaga pengurusan produksi, produksi teater ‘Jalan Mati’ mengadakan mesyuarat kali pertama pada 31 Disember 2014. Pembahagian tugas dan dateline semua rekaan seperti set dan pentas, skor muzik, rekaan grafik poster produksi dan master schedule. Tenaga pengurusan produksi juga melibatkan pelajar Tahun 1 yang mengambil kelas Asas Produksi bersama Dr. A.S. Hardy Shafii. Tangunggjawab Pengurus Pentas telah digalas oleh Muhammad Khairul, Pelajar Tahun 2, Lakonan & Pengarahan yang memang berminat untuk menimba ilmu kepengarahan kerana bakal menggalas tanggungjawab kepengarahan pada FYP beliau pada tahun akan datang. Pada mesyuarat teknikal, semua tenaga kreatif hadir bagi mendengar penerangan dan penjelasan secara menyeluruh berkenaan dengan konsep pengarahan dan juga konsep visual yang dikehendaki oleh pengarah. Subjek matter ‘KEKEJAMAM’ pada konsep visual ditekankan dan semua pereka dan sinografer perlu peka dalam penghasilan lakaran asas untuk sesi breakdown bersama pengarah dan tenaga kreatif yang lain.

Kesimpulannya, tinjauan terhadap stail atau kaedah lakonan  yang terdapat dalam The System Stanislavsky  merintis pendekatan teater Jalan Mati yang berbentuk realiti serta releven dengan kehidupan dalam sesebuah masyarakat tempatan serta dapat difahami oleh khalayak. Seseorang pengarah teater harus bijak memanipulasi naskah drama dengan mengarapkan aspek naratif pementasan  yang dijalinkan dengan proses ‘sebab dan akibat’ penceritaan bahkan harus mempunyai persamaan dengan peristiwa-peristiwa berkaitan secara realiti. Bukan itu sahaja, Seorang pengarah juga bertanggungjawab melakukan komposisi kesatuan aksi diantara konsep pengarahan,lakonan dan sinografi agar menghasilkan karya yang mempunyai kualiti serta mengagumkan.

 Konsep Sinografi
Sinografi merupakan satu elemen yang penting dalam pembikinan sesebuah teater,filem atau drama. Sinografi dalam kamus dewan dierti sebagai satu seni mencipta persekitaran,tempat yang digunakan untuk membuat persembahan, pakaian (costume), kesan bunyi, kesan pencahayaan dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang seni tersebut

“. . . .  Semasa pengarah cuba untuk melahirkan sesebuah pementasan teater, mereka terlebih perlu mencipta satu matrix produksi supaya pementasan yang divisualkan itu akan memaparkan satu wajah atau genre yang lebih ‘terarah’ melalui pilihan yang ditentukan oleh pengarah”.
(Roslina Khir.2007.134)


Berdasarkan konsep visual yang diangkat, beberapa elemen teatrikal dikaji secara menyeluruh dalam merealisasikan konsep visual ‘KEKEJAMAN’ yang menjadi teras penceritaan. Selain itu, pengarah cuba untuk berkomunikasi menggunakan metafora. Simbol hati yang terdapat pada tandas adalah konotasi kepada ‘hati yang kotor’ bahkan posisi simbol ini di padankan dengan tandas yang kotor ini diletakan pada sudut tengah untuk perhatian penonton. Kelebihan pada  pentas proscenium dimanfaatkan sepenuhnaya oleh sinografer dengan penghasilan ambiance misteri seiring dengan konsep yang di angkat. Satu elemen sinografi yang dimaksudkan adalah latarhias. ‘Jalan Mati’ menggunakan latarhias sebuah tandas kotor yang sudah ditinggalkan.
Penggunaan prop kekal digunakan seperti tandas  yang musnah dan sebuah lagi yang masih kotor dengan najis digunakan sebagai tempat menyembunyikan klu permainan maut. Penghasilan latar hias juga berpandu kepada ruang dan aras supaya membantu pelakon untuk melakukan susun atur sekaligus dapat mengelak visual yang  monotone.
Pemilihan untuk mendapatkan ilusi tertekan dan depresi melalui sinografi dan mengangkat lakonan tanpa efek bunyi berlebihan dengan tujuan mendapatkan kesan visual realistik pada tahap maksima. Bagi menyokong dan menguatkan konsep visual, kesan bunyi realistik seperti bunyi rantai,  bunyi cermin pecah, bunyi bata jatuh bertaburan dan bunyi objek dihempas ketika pelakon membaling objek berbahaya ke arah satu sama lain bertujuan membangkitkan sensasi adegan ketegangan .

Unsur kekaguman yang terdapat dalam Teater Jalan Mati terletak pada adegan ‘potong kaki’. Perlaksanaan adegan ini memerlukan kepakaran sinografer untuk melakukan komposisi aksi menggunakan mekanisme khas. Oleh itu, sesi latihan antara pelakon dengan pembantu pentas dilakukan berulang kali sehingga mencapai tahap yang dikehendaki. Umunnya, adegan ini akan dibantu dengan teknik  pencahayaan seperti strobe light effect bagi mengaburi mata penonton. Hal ini disebabkan bagi menyembunyikan teknik dan trick yang digunapakai. Namun begitu, langkah lebih efektif telah diambil untuk mengelak dari situasi klise. Pada adagen ini, kesan pencahayaan sengaja dibiarkan terang mankala pasangan lakon(Azam) dimanfaatkan untuk mengaburi tumpuan penonton menggunakan teknik overshadow dengan pergerakan yang lebih aktif.

 
Adegan ‘potong kaki’ Dr. Lokman Ghani     


  Kesimpulan


 Teater Jalan Mati merupakan drama antibudaya yang memaparkan kisah dan visual budaya yang tidak bersesuaian dengan norma dan budaya Melayu. Penolakan terhadap elemen keindahan ,penggunaan bahasa kesat, aksi kegairahan seksual dalam persembahan menambahkan lagi kesan kejengkelan semasa menonton. Konsep ini cuba diangkat dalam teater Jalan Mati bertujuan untuk mengukur tahap citarasa, corak pemikiran dan sentimen khalayak tempatan terhadap persembahan antibudaya yang bertentangan dengan peradaban masyarakat di Malaysia.

Konsep dalam Theatre Of Cruelty sedikit sebanyak membantu mewarnai persembahan dengan motif utama iaitu mengganggu konsentrasi penonton dengan visual kekejaman. Corak pemikiran nyata berubah dengan penerimaan konsep persembahan bahkan kajian khalayak membuktikan penerimaan khalak  terhadap bentuk persembahan begini. Perkara ini dibuktikan lagi dengan kehadiran khalayak dari golongan sekolah menengah yang begitu teruja dengan persembahan walaupun pada hakikatnya persembahan begini tidak sesuai ditonton oleh golongan ini.

Isu sosial dan konflik permasalahan yang terdapat dalam Teater Jalan Mati dapat diterima oleh khalayak dan ini menunjukan bentuk teater ini mampu membentuk tema dan mesej yang dibina bertujuan untuk menginsafkan namun ditonjolkan melalui kesan dan akibat, protes sosial bukan melalui naratif penceritaan yang menuntut khalayak untuk menganalisis dan muhasabah diri demi mencari kebenaran sebenar disebalik kepalsuan dalam dunia  realiti.


Persoalannya, adakah nilai murni yang ada pada masyarakat kini kian susut dan membuatkan peneriamaan bentuk persembahan ini. Perkara ini juga dilihat dari kemasukan pengaruh filem barat yang mempunyai latar masyarakat barat yang bertentangan dengan budaya timur. Lambakan filem barat yang bergenre aksi sedikit sebanyak mengubah corak pemikiran khalayak di Malaysia dan membebaskan belenggu pemikiran khalayak yang terikat dengan persembahan yang berasaskan budaya timur.

Penerimaan khalayak terhadap pementasan Teater ‘Jalan Mati’ juga mempamirkan tahap jati diri golongan intelektual sebagai satu manifestasi kepada corak pemikiran melayu bahkan, boleh dijadikan sebagai satu risalah terhadap perkembangan industri teater di Malaysia. Perkara ini juga turut menjadi cerminan kepada gaya hidup dan peradaban nilai budaya masyarakat kini.

Dalam pembentukan corak pemikiran yang telah dicetuskan dalam Teater Jalan Mati adalah bertujuan untuk mengangkat tiga aspek persoalan iaitu cinta, budi, dan dendam yang sentiasa menyelebungi kehidupan manusia. Sama ada ianya bersifat universal atau sebaliknya, segalanya terakam dalam pementasan ini. Kisah cinta, budi dan dendam sentiasa menjadi mainan manusia. Walaubagaimanapun, diantara rasa dendam dan budi, rasa kasih sayang dan cinta harus menjadi penawar disebalik segala konfik dan harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah. Kegagalan dalam menyelesaikan masalah  adalah jalan mati yang memacu kepada kisah tragik dan tragedi.


Barisan tenaga produksi yang menjayakan Projek Teater Jalan Mati



_________________________________________________________________________________

Bibilografi / Rujukan
 _Constantin Stanislavksi Terjemahan Rendra. Persiapan Seorang Aktor. New York. Theatre Art Book. 1965.

_Fazilah Husin.Teater Melayu,Teks dan Eksperimentasi.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.2010

_Hamidah Abdul Hamid. Pengantar Estetik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995.

_Kamaluddin Abd Rahman. Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran Melayu.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2007

 _Krishen Jit. Membesar Bersama Teater. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986

 _Rahmah Bujang.Drama Drama Dekad 1980-an.Dewan Sastera.1998

_Roslina Khir. Kontemporari Drama Melayu.Eksliopidia Malaysia.2004



_http://en.wikipedia.org/wiki/Theatre_of_Cruelty





[1] Realisma adalah sesuatu yang terjadi sewajarnya di atas pentas. Peristiwa, kejadian, aksi, perbuatan yang biasa kita lihat, sesuatu yang kita dengar dan rasakan dalam kehidupan seharian diangkat ke pentas agar penonton dapat mengalami hal yang sama sebagaimana yang dialami oleh oleh watak di dalam naskhah. (Bakri, 1982:33)

 [2] Masyarakat mediocrity  atau masyarakat pasca peradaban merujuk kepada masyarakat yang berjiwa kecil,lumpuh pemikiran,tiada keberanian untuk meneroka dan tiada keyakinan. Cendrung untuk dalam kekosongan yang mengejar hiburan dan tidak lagi mahu berfikir dan mengejar kepuasan hanya untuk memenuhi kemewahan serta menjalani kehidupan tanpa soal.

_____________________________________________________________________________________________

mazlanmatrazi
#laporan projek akhir USM 2015