Sejarah dan asal usul Mek Mulung kurang jelas dan berasaskan lagenda yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Walaupun berbentuk lagenda, asal usulnya dapat dilandaskan kepada cerita cerita sejarah mengenai perhubungan Kedah dengan Siam yang tercatat dalam buku sejarah.
Sebenarnya terdapat beberapa versi sejarah asal usul Mek Mulung. Penulis membincangkan asal usul Mek Mulung berdasarkan versi yang diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. Seni Mek Mulung dipercayai brasal di Ligor, iaitu sebuah daerah yang terletak diselatan Thai. Sejarah dan asal-usul berpunca daripada sepasang pemuda, iaitu Melur dan Awang Malim yang saling berkasih. Percintaan mereeka dihalang oleh ibu Melur. Akibat larangan tersebut, Melur dan Awang Malim berlari ke Ligor untuk berkahwin.
Setelah hidup lama di Ligor, Melur dan Awang Malim tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, mereka pun bernazar kepada tuhan supaya di kurniakan cahaya mata. Tidak beberapa lama kemudian, si isteri mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan dengan bantuan Tok Bidan ke-7 yang dipercayai mempunyai kuasa sakti. Setiap ahli Mek Mulung mempercayai Tok Bidan ke-7 merupakan seorang yang ulung yang mengasaskan kumpulan Mek Mulung(Ku Zam Zam Ku Idris.1978:64). Dalam setiap persembahan Mek Mulung, Tok Bidan ke-7 tidak akan dilupakan dalam segala pemujaan jampi serapah.
Melur dan Awang Malim bersama anak perempuan mereka yang diberi nama Mek Jelung tinggal di Ligor untuk seketika waktu semasa Siam dengan Negeri Kedah. Pada masa itu juga berlaku peristiwa Mahsuri difitnah. Semasa di Ligor, bapa Mek Jelung membuat sebuah gendang untuk menghibur anaknya. Kayu baluh gendang itu diperbuat daripada kayu pokok kekabu(Treversia Sondaica). Oleh itu, ahli Mek Mulung dularang membuat baluh gendang dari pokok kekabu sebagaitanda penghormatan kepada gendang asal yang dibuat oleh bapa Mek Jelung. Ibu Mek Jelung membuat sebuah gendang untuk menhiburkan anaknya dan Mek Jelung jugadiberi sebuah gendang. Mereka bertiga selalu menyanyi dan bermain gendang itu sebagai hiburan. Menurut informal, watak pak Mulung mungkin wujud daripada perkataan 'bapak'(Pak) Jelung:-
Sumber Pertama
Mek Jelung dan ibu-bapanya kembali ke Negeri Kedah yang pada masa itu dikenali sebagai Negeri Selindung Bulan selepas tamatnya peperangan antara Siam dengan Kedah. Semasa di kampung tersebut, Mek Jelung dan keluarganya aktif bermain gendang dan bernyanyi. Mereka telah memperkenalkan seni persembahan tersebut kepada penduduk tempatan. Selain berkecimpung dalam bidang hiburan. Mek Jelung dan ahli keluarganya terkenal dengan kesediaannya menghulur bantuan dan membuat kebajikan kepada masyarakat di sekitar kampung.
Awang Malim dijadikan keramat Awang 9, Melur dijadikan keramat Panjang 7 dan Mek Jelung dijadikan keramat Tok Jelung. Hingga sekarang kubur Mek Jelung masih diziarahi oleh ahli kumpulan Mek Mulung.
Menurut informal, nama kumpulan Mek Mulung wujud dari nama Mek Jelung tetapi perkataan ' Jelung' diubah suai kepada Mulung. Persembahan Mek Mulung berkembang ke Kampung Berlukar Mulung, Paya Keladi dan akhirnya ke Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,1981:63). Pak Saad merupakan keturunan generasi Mek Mulung yang ke-7. Enam lapis sebelumnya adalah Tok Uduh,Tok Mat Asin,Tok Kassim,Tok Mih, Tok Bakar dan ayahnya iaitu Taib Hatih atau lebih dikenali sebagai Pak Yit atau Pak Taib Mulung.
Walaupun sejarah asal usul Mek Mulung berbentuk lagenda, cerita cerita seperti perhubungan Kedah dengan Siam dan peristiwa Mahsuri memang diokumentasikan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari buku sejarah Kedah(Buyubg Adil,1980:28-38), persaingan antara Siam dan peristiwa Mahsuri wujud semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah, 1710-1778. pemerihal warisan salasilah keterunan Mahsuri menyatakan bahawa Wan Aishah Wan Nawawi adalah generasi Mahsuri yang ke-7(Star, 8 Oktober 2002). Pak Saad pula menyatakan beliau daripada keturunan Mek Mulung generasi ke-7. Oleh sebab persamaan warisan salasilah keturunan, maka ada kemungkinan bahawa seni lakon tradisi Mek Mulung wujud sejak abad ke18.
Sumber ke-2
Bila usianya meningkat remaja, Mek Jelung bersama kawan selalu bermain di taman dengan bernyanyi serta bermain gendang. Lama kelamaan, bapa Mek Jelung mencadangkan supaya menubuhkan satu kumpulan nyanyian dan muzik. Selain bernyanyi. Mereka juga mempersembahkan lakonan berdasarkan cerita hikayat dan diselangselikan dengan tarian dan nyanyian. Dalam persembahan mereka, Mek Jelung memainkan watak puteri atau permaisuri manakala teman-teman lelakinya telah diberi peranan sebagai Pak Mulung dan Awang.
Pada suatu masa, Mek Julung telah dipinang oleh Raja Kedah yang bernama Cahaya Bulan. Pada masa yang sama, jejaka yang memegang peranan Pak Mulung yang berketurunan Siam telah jatuh cinta pada Mek Jelung. Dia merupakan anak bangsawan Siam. Tetapi bapa Mek Jelung telah mengahwinkan anaknya dengan Raja Kedah. Maka terjadilah perang antara Kedah dan Siam (Mohamad Nazri Ahmad:Mek Mulung dan Hamdolok.(1998):Pustaka Mawar).
Sumber 1
Ada satu teori yang berasaskan kepada cerita tujuh puteri jelita Raja Ligor. Puteri Bongsu dibenci oleh kakak-kakaknya yang menghasut Raja Ligor menghalaunya dari negeri. Akhirnya Puteri Bongsu dihalau keluar dari negeri dangan diiringi oleh dayang pengasuh. Masa berlalu, dan Puteri Bongsu menjadi seorang gadis yang paling cantik. Semasa dalam buangan, dia mempelajari cara melipur lara, menyanyi, dan menari daripada inang pengasuh yang cuba menghiburkan Puteri Bongsu. Apabila dia mencapai usia remaja, dia menjadi seorang penglipurlara, menyanyi, menari dan pencerita dari kampung ke kampung. Kampung Wang Tepus memberi sambutan yang begitu hebat kepada persembahannya sehingga Puteri Bongsu tertarik untuk menubuhkan kympulan tetap disana. Itu lah asal usul Mek Mulung.
Sumber 2
Sebuah lagi cerita tengtang asal usul Mek Mulung mengisahkan sebuah keluarga tani miskin yang cuba meringankan kesengsaraan kehidupan mereka dengan bermain muzik. Ayahmya bernama Pak Mohar membuat sebuah geduk dan bermain mengikut cara menora, sementara ibunya pula membuat sebuah gendang dan memalunya mengikut cara Makyung. Manakala anaknya, Mek Julung membuat sebuah rebana dan bermain mengikut corak Hadrah. Mek Julung begitu asyik bermain rebana ke seluruh pelosok kampung
sehingga masuk ke dalam hutan. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang putera yang bernama Cahaya Bulan(watak utama dalam sebuah cerita dalam Menora) yang secara kebetulan telah dibuang negeri. Untuk menggelak porak perandah didalam negerinya, Cahaya Bulan tertarik dengan persembahan Mek Julung, dan menambah lagi beberapa alat muzik dan menamakan kumpulan itu sebagai kumpulan Mek Mulung.
Sumber 3
Pendapat yang lebih munasabah ialah Mek Mulung berasal dari selatan Thai. Beberapa orang pemain Mek Mulung mengatakan bahawasasnya Mek Mulung telah wujud semanjak 400 tahun dahulu, tetapi tiada sebarang bukti konkrit yang menyokong tanggapan ini. Walaubagaimanapun, Mek Mulung sebagai sebuah persembahan ritual telah wujud semenjak penghujung kurun yang lalu.
Bibliografi
_Kementerian Kebudayaan,Belia Dan Sukan(1981)Mek Mulung.9.Kuala Lumpur.Utusan Printcorp Sdn.Bhd.
_Ku Zam Zam Ku Idris.(1978).Muzik Melayu Tradisional di Kedah Tua:USM
_Omar Abdullah.(1986)Mek Mulung:Sebuah Persembahan Tradisional Kedah.Dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah:Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
_Mohamed Ghouse Nasuruddin(2003)Teater Tradisional Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka.
_Mohamed Ghouse Nasuruddin(2003)Teater Tradisional Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka.
_________________________________________________________________________
mazlanmatrazi@yahoo.com
#Tugasan Teatar Asia_Dr Kipli Abd Rahman
#usm2012