Mek Mulung: Watak Peran Dalam Persembahan
Watak Peran juga merupakan watak yang paling Akrab dengan Raja. Tidak hairanlah sekiranya watak peran kelihatan seolah-olah membuli Raja pada salah satu adegan dalam persembahan Mek Mulung. Ini kerana Watak Peran merupakan pengasuh bagi watak Raja.Ladzimnya, terdapak 2 watak peran yang akan menerajui persembahan Mek mulung. Ianya dikenali sebagai Peran Tua dan Peran Muda.Panggilan Awang merupakan panggilang bagi watak Peran.
Watak Peran dalam Mek Mulung berfungsi sebagai pemankin aksi-aksi dramatik dalam persembahan. Aksi dramatik yang dimaksudkan mbermula pada babak Raja iaitu apada adegan kedua sebelum 'pecah cerita'.ianya bermula apabila Raja akan memangil watak Peran menggunakan lagu 'tetap'. Peran akan masuk ke gelangang untuk bertemu dengan Raja.
Secara sederhana, watka Peran berfungsi sebagai watak yang akan menyelesaikan 'suasana bosan' semasa persembahan melauli adegan atau segmen jenaka yang dilakukan secara spontan dan improvisasi. Adegan komedi ini bersifat segmen tambahan yang dimanipulasi oleh watak Peran. Segmen ini bergantung kepada situasi, kesesuaian dan durasi sesuatu babak.Ianya juga bergantung kepada kebolehan dan pengalaman pendokong watak peran untuk memanfaatkan adegan dengan aksi yang mampu mencuit hati khalayak. Antara contoh aksi dramatik berbentuk jenakan yang sering dilakukan oleh Peran adalah ketika pertamakali berjumpa watak Raja iaitu pada bahagian sebelum 'pecah cerita'.
![]() |
Adegan Peran Tua Bertemu Raja |
Selain itu, fungsi watak Peran dalam persembahan Mek Mulung ialah penggerak plot cerita.Perjalan sesebuah cerita dalam Mek Mulung sebenarnaya bergantung kepada watak Peran.Watak Peran berfungsi membawa carita dari plot ke plot. Istilah kembara digunakan untuk mengambarkan perjalanan watak Peran dalam membawa dan merungkai amanat yang dipertanggungjawabkan oleh Raja kepada watak Peran.
Dalam persembahan Mek Mulung, watak Peran mempunyai kelebihan untuk bergerak bebas. Aksi yang dilakukan juga mempunyai perlambangan tertentu. Selain itu, watak peran juga harus menyatakan melalui naratif tentang keberadaan lokasi meraka dan ianya boleh dinyatakan dalam pertuturan ataupun nyanyian.
" eeeee...
tak leh ralit sini kepada sini,
sini eee...
tuju balik balai ke ladang balai,
balai eee...
selang berjalan lenggang belang melenggang,
lenggang eee...
pada berdahan duri balik berduri,
duri eee...
kalau durilah tupai digigit tupai,
tupai eee...
dari berjalan o lari baik berlari,
lagu: Balik Wak ke landang Balai
Subscribe to:
Posts (Atom)